Surat kepada Gordon Brown P Uthayakumar

Pada 15 November, beliau dikatakan menulis surat mewakili Hindraf dan dialamatkan kepada Perdana Menteri Britain Gordon Brown di No 10, Downing Street, London. Oleh kerana surat itu berbaur perkauman dan disiarkan dalam laman web, beliau disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948. Kesalahan diperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Kes dibicarakan di Mahkamah Sesyen Klang .Jaminan RM50,000 dan mengarahkan pasportnya ditahan.Kes hasutan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sabariah Othman pada 3 Ogos 2009.